Wednesday, July 29, 2009

SENDIRI DI LAUTAN SEPI

Baru kini aku merasakan bagaimana rasanya apabila diri yang tidak sempurna ini tercampak di lautan. Yang dulu hanya hidup di akuarium, aku merasa puas bila sesuatu hasil kerja diterima dan dipuji. Tapi kini, tiada lagi puji-pujian. Tiada lagi kata sanjungan. Tiada kata nasihat dan teguran yang didengar apabila tersalah laku kerja. Tiada lagi. Hanya maki hamun yang diterima, malah.

Aku terkapai-kapai untuk terus hidup dan berenang agar selari dengan mereka yang berada di lautan ini. Rakan-rakan yang masih berada di akuarium, menarik nafas lega kulihat. Lega kerana masih terpenjara di dalam akuarium itu. Lega kerana siripnya masih utuh untuk terus bermain di dalam akuarium. Sedang aku, sudah kelemasan dek kerana persiapan untuk aku berenang di lautan tidak lengkap sepenuhnya. Namun, kupujuk seketul nyali dalam diri agar terus tabah dan bertahan jika mahu segaris dengan ikan-ikan yang besar.

4 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Epa, tabahkan hati teruskan perjuangan hidup.
Agi idup agi ngeban!

Sari Dahlia said...

lautan yang luas, akan menguji kita...itulah dia kehidupan. selamat datang ke alam pekerjaan.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~kampung tengah,

terima kasih atas saranan sdr, memang diri ini masih lagi berupaya untuk terus berjuang di garis ini.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~czuka,

memang benar kata sdr, selqamat juga buat sdr yang sudah punya kerjaya yang sesuai dengan bidang yang diceburi.