Wednesday, January 27, 2010

NAMAKU YANG SEBENAR

Setelah hampir 24 tahun aku menghirup nafas di muka bumi ini, hanya kini barulah aku tahu siapa namaku yang sebenarnya. Baru-baru ini, bonda dan ayahandaku telah pulang ke kampung halaman. Bersama dua orang adik tersayang. Nur Rafidah dan Hamad Zaidi. Tiada apa yang kuharapkan dari mereka buatku kali ini. Cuma satu saja permintaan pada mereka; iaitu tolong lihatkan namaku yang sebenar di almari bonda. Nama itu diukir oleh bondaku sendiri. Kepulangan mereka sungguh kunanti.


Pada mulanya bonda berat hati untuk memberitahu, fikirku. Kerana setiap kali kuajukan soalan itu, beliau seperti mengelak. Tapi mujur ayah ringan mulut untuk memberitahu… katanya, nama epa sebenarnya… ‘Eva Sardiyanti.’


“Nak buat apa dengan nama tu?” Tanya ayah.


“Tak ada… nak tahu je mana tahu boleh masukkan dalam penulisan pa,” aku beralasan.


Dan kini aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira ini. Aku sangat-sangat teruja dengan nama itu. Waima nama itu sekaligus mencerminkan negara tumpahnya darahku. Mesti kalian pelik bukan? Itulah namaku sebenarnya… yang Fauziah itu memang nama dalam kad pengenalanku tapi nama itu diberi oleh pegawai imigresen ketika bonda hendak membuat permit masuk ke negara ini. Apa-apa pun aku tetap ingin berterima kasih kepada insan yang memberi nama itu kepadaku. Kerana nama itu orang sekeliling sukar untuk mempercayai bahawa aku bukan rakyat tumpah darah di negara ini sehingga aku bersusah-payah menunjukkan kad pengenalanku kepada mereka. Barulah mereka percaya.


Kerana terlalu bahagia setelah mengetahui nama sebenarku… aku nekad sepenuhnya untuk menggunakan nama itu sebagai nama penaku untuk menulis novel popular yang juga inginkan nama-nama popular waima nama itu tiada ciri-ciri seperti itu. Namun, nama itu telah menjadi 'Epa Sardiyanti' kerana aku sudah terbiasa dengan ejaan epa daripada eva.


‘Epa Sardiyanti Sarudin’


Jika selepas ini terjumpa sebaris nama ini, maka itulah aku.