Tuesday, December 23, 2008

DUBDUB.. DUBDUB..DUBDUB..

DEBARANNYA SEMAKIN TERASA
SEMAKIN HANGAT
WALAUPUN ADA JURANG MASA YANG MEMISAHKAN
TETAPI BAGIKU JURANG MASA ITU
TIDAK MEMBAWA APA-APA MAKNA
IA TIDAK DAPAT MEMBERHENTIKAN WAKTU
WALAU SEKETIKA CUMA
SEMAKIN HARI SEMAKIN TIDAK AMAN TIDURKU
SEMAKIN TIDAK KENYANG PERUTKU
WALAU SEBANYAK MANA PUN
AKU MAKAN, AKU TIDUR TERASA
SEMAKIN MENGANTUK.
DEGUPANNYA KALI INI UMPAMA
DENYUTAN PANTAS NADI SEORANG PENGANTIN
SAAT BERHADAPAN DENGAN TOK KADI
MUNGKIN LEBIH DARI ITU KUKIRA
KERNA IA SANGAT PENTING
SANGAT BERHARGA
DAN...
IA TERLALU SANGAT, SANGAT, DAN SANGAT
SEHINGGA TIDAK TERKATA
MARUAH, AIR MUKA DAN MASA DEPANKU
TERLETAK PADA DEGUPAN DAN DEBARAN ITU.
FIKIRKANLAH UMPAMA APA ITU..?
ADUHAI... PeTA....

WAJAH SEORANG GADIS...



BERSEMBUNYI DI BALIK POTRET
WAJAH SEORANG
GADIS DAN JUGA KEKASIH
MENCARI, MENELITI, MEMAHAMI
ERTI KEHIDUPAN YG HAKIKI...

Sunday, December 21, 2008

d Balik pOtreT

SESUATU YG SENI ITU
SESUNGGUHNYA INDAH DAN KREATIF
BAGAI HIASAN DAN POTRET
YANG MENGHIASI DINDING KAMAR

Sunday, December 14, 2008

"Dah Selalu Tapi Tak Serik"

apa entah nak jadi dngan budak kecil ni...
katanya dah serik tapi buat benda yang sama lagi...
katanya dah taubat tapi masih ulang benda yang serupa...
apa nak jadi dengan engkau ni?
engkau sakit ke?
engkau angau ke?
atau...
engkau dah biul?
hey... bangunlah...
jagalah dari mimpi-mimpi buruk kau tu...
bangun kau pergi cuci mata, cuci muka kau tu
pandang ke depan...
lihat, siapa di hadapan?
kau jangan nak berangan lebih-lebih...
dia tu sebenarnya penipu...
dia tak ikhlas...
dia cuma nak gunakan kau saja...
dia sunyi... dia sepi...
kau kena ingat tu...
DIA TAK IKHLAS!!!!!!
dah, bangun, bangun, bangun...
aku tak suka kau macam ni...
kau tak macam ni sebenarnya...
aku kenal kau siapa,
aku tahu kau macam mana.
bangunlah sayang...
jagakanlah dirimu
itu dari terbelengu dalam perangkap kaum adam...
terutama dia...
Epa sayang... sedarlah....

Wednesday, December 10, 2008

MINGGU YANG MENYEKSA

Dua Minggu Pertama Di Bulan Disembar
Minggu Yang Menyeksakan
Sakit Jiwa, Tekanan Perasaan Dan Segala-galanya Terasa...
Hanya Disebabkan Beberapa Helaian Kertas Sahaja
Cukup Membuatkan Diri Gemuruh Dan Gementar
Memikirkan Apa Kesudahan
Hasil Tulisan Di Helaian Kertas Itu
Redha, Pasrah Dan Tawakal
Hanya Itu Yang Mampu.

Tuesday, November 18, 2008

SebenTar

Tekanan yg melampaui batas-batas ketabahan diri,
membawa aku terbang dalam khayalan,
jauh... jauh... jauh....
Penat, aku singgah sebentar,
memerhati sekeliling,
aku bingar,
lalu aku terbang kembali,
terbang tinggi, tinggi dan tinggi,
hingga aku tak bisa terbang lagi,
dengan tujuan aku mahu tempat yang aman.

Friday, November 14, 2008

SALAM KENALAN DARI TETAMU BARU

sesungguhnya salam perkenalan itu sesuci bayi yang baru lahir... insan yang murni akan menyambut salam kenalan itu.