Thursday, May 13, 2010

SIKAP MANUSIA SEKITARKU


Mutakhir ini, aku sering bising dan membebel kepada teman rapatku akan perbuatannya. Perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan jenayah yang besar. Tapi bagi hati aku ia tetap salah. Waima sekecil kuman. Kerana dari kesalahan-kesalahan kecil maka timbulnya masalah besar.


Aku sering menegur dia membuang sampah merata-rata. Pada mulanya dia cuba menegakkan benang basah itu walaupun dia sendiri tahu yang perbuatannya itu memang salah. Apabila aku cuba menerangkan kepadanya bahawa dari perbuatannya itu, "jangan salahkan ribuan pendatang asing yang datang berhijrah ke negara ini." Lantas dia terdiam. Aku meneruskan lagi, “Kamu semua tak suka rakyat asing berada di negara kamu, tapi kamu sendiri yang mengundang kedatangan mereka?” Wajahnya kulihat semakin heran.


“Kenapa, tak percaya?”


Dia menggeleng.


“Awak buang sampah merata-rata, adakah sampah itu akan berjalan sendiri ke dalam tong sampah kalau bukan manusia yang mengambil dan membuangkannya?”


“Tak,” jawabnya ringkas.


“Adakah rakyat Malaysia yang akan tolong membuangkannya? Melainkan mereka yang dianggap sebagai parasit negara awak yang tolong awak membuangkannya? Di mana rakyat Malaysia ketika sampah bersepahan? Di mana rakyat Malaysia ketika tandas-tandas awam yang sering di cari itu kotor dan berbau? Di mana rakyat Malaysia ketika kedai-kedai makan memerlukan tenaga pekerja untuk menjadi pelayan restoran? Di mana? Kalau bukan di pejabat-pejabat kerajaan yang duduk goyang kaki, cukup bulan terima gaji, cukup tahun terima pencen.






Dia diam.


“Sebab itu kalau awak tak suka akan kehadiran warga asing seperti mat-mat bangla, mat-mat indon, mat-mat Nepal di negara awak, jadi awak perlu menjaga sendiri negara awak.”


Aku benar-benar sakit hati melihat warga tempatan yang kononnya berlagak pembersih, berlagak kaya, berlagak suci ini memandang sebelah mata akan warga-warga asing. Ini baru hal kecil. Belum lagi disenaraikan dari pembinaan dan pembaikpulihan jalan-jalan raya yang digunakan oleh mereka, belum lagi bangunan-bangunan yang mereka pijaki, semua itu hasil tangan warga asing. Memang benar mereka dibayar atas kerja yang dilakukan. Adakah itu setimpal dengan tohmaha-tohmahan yang diberikan kepada mereka dengan penat lelah mereka? Mereka juga manusia. Mereka punya hati dan perasaan. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA!



Monday, May 10, 2010

FAHAMI, TEROKAI MAKNANYA...

Kenapa?

Sebab aku sepi sendiri.

Lalu?

Aku putuskan.

Apa?

Ingin begini.

Sampai kapan?

Entah.

Sampai kapan?

DIAM.

Sampai kapan?

Sampai aku punya restu!!!

Jadi?

Beginilah.

Sanggup?

Terpaksa.

Untuk apa?

Untuk hidup.

Berani?

Harus.

Tak takut azab?

S.E.P.I.