Friday, December 24, 2010

Bantulah Diri


Jika diberi pilihan; yang seorang telah mengajar anda erti kehidupan dan yang seorang lagi mengajar anda tentang kehidupan sebenar. Yang manakah akan menjadi pilihan anda?

Soalan ini yang selalu bermain difikiran diri ketika ini...

Untuk hidup, kita perlu panduan hidup, tapi untuk memahami dan mendalami hidup ini kita harus tahu ertinya hidup. Kedua-duanya sama penting, sama berguna. Tapi diri perlu pilih satu.

Dulu diri sarat diajar memahami erti hidup untuk mengerti akan percaturan dunia ini. Kini diri bosan kerana terlalu memahami diri kehilangan waktu untuk diri hidup di dunia nyata. Diri alpa akan kehidupan realiti. Kini diri ingin bertatih di jaring kehidupan diri sendiri setelah diri memahami erti hidup selama ini.

Diri merasa bebas melayari kehidupan yang penuh dengan erti di dalamnya. ;)






Sunday, December 19, 2010

INTERLOK MENGHINA KAUM ATAU SEBALIKNYA?

Terkesima sesaat dikala menatap bahagian sastera dalam berita harian Isnin, 20 Disember 2010 yang judulnya memaparkan ‘Interlok Menghina Kaum?’



Saya dengan beraninya membantah 1,000 000% mengenai isu yang dibangkitkan oleh mahluk tuhan yang tergolong dalam golongan bijak pandai ini.


Hanya dek kerana penggunaan ayat orang Melayu bodoh, malas dan perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India, teks ini diarah untuk ditarik kembali? Tahukah mahluk itu siapa yang menulisnya? Penulisnya bukan calang-calang penulis. Penulisnya adalah Sasterawan Negara yang diiktiraf. Bukan cetak rompak. Bukan palsu! Ini adalah pengiktirafan sebenar dari kerajaan Malaysia.


Adakah mahluk itu sudah menamatkan bacaan dan kajianya terhadap teks tersebut sehingga beraninya menyuarakan agar teks tersebut ditarik kembali? Atas alasan perkataan-perkataan menyentuh sensitiviti masyarakat. Sungguh cetek ilmu bahasa mahluk bijak pandai ini.

[ - Buku teks berkenaan didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.


Bagaimanapun, dakwaan itu bukan saja dinafikan oleh pengarangnya, bahkan dipertikai pengkaji sastera dan persatuan penulis, manakala agensi kerajaan yang terbabit dalam penterjemah novel itu ke bahasa Inggeris turut memperaku novel berkenaan. -]


Penulisnya berbangsa Melayu. Berani mengatakan dalam tulisannya Melayu itu bodoh, malas.


Pembangkit isu berbangsa India yang hanya ada perkataan paria sudah melatah tidak tentu hala. Siapa yang sepatutnya perlu melatah? Sedangkan penulisnya memperakui bangsanya memang begitu. Tidak dapat dinafikan lagi. Tidak pula ada orang-orang Melayu yang melatah.


Malah saya yakin yang membuat pemilihan teks itu diangkat kepada teks KOMSAS itu hampir 90% adalah orang-orang Melayu. Jadi mengapa isu perkauman di dalam karya tersebut dibangkitkan? Sedangkan lebih banyak lagi karya-karya sampah yang membawa kepada keruntuhan akhlak, moral dan seangkatan dengannya perlu dipertikaikan.


Isu ini tidak patut dibangkitkan kerana ia akan membazir masa semua pihak yang terlibat. Masih banyak lagi isu yang harus berbangkit.

Tuesday, December 14, 2010

Dup..Dup... Dup..Dup... Dup..Dup...

Sejak dua, tiga hari yang berlalu pergi
hati ini sentiasa berdebar.
Sentiasa gundah-gulana, tidak tenteram waima bibir tetap tersenyum.
Ya Tuhan... apa yang bakal Kau anugerahkan kepada hamba-Mu ini?

Aku sedang menghitung hari menanti kepulangan
bonda dan ayahanda dari kampung halaman
membawa seribu warta. Gembira, sedih, lucu barangkali.

Tetap dan utuhkanlah seketul hati ini Ya-Rabb....