Friday, July 17, 2009

KASIHAN

Mengetahui banyak hal tentang rakan-rakan ASWARA yang punya masalah soal kewangan untuk melanjutkan pelajaran di bumi ASK dahulunya, kini dilanda musim gerimis. Entahkan bila akan redupnya. Barangkali tidak akan redup sehingga keputusan bulat dimeterai. Kasihan mereka. Mereka tidak tahu ini akan berlaku. Tetapi, Epa sudah lama menjangka hal ini akan terjadi pada Epa jika mahu perkara yang sama seperti mereka. Apa tidaknya kalau di negari Epa, (Padang) Epa kini sudah menjadi buah mulut orang. Dengan umur yang semakin meningkat yang tidak juga ada khabar-khabarnya untuk dipetik orang, maka bermulalah seribu macam cerca dan hinaan yang akan dikirimkan pada Epa. Mujur sahaja Epa tinggal di Malaysia. Jika tidak… Wallahualam…

Bunyinya seperti sesuatu yang mulia (sambung belajar) namun, kekangan jiwa dan gelodak riak wajah penjaga yang merayu meminta untuk menghentikan niat suci itu membuatkan sahabat-sahabat Epa hampir kecundang. Ditambah lagi dengan ‘KETEGASAN’ ASWARA yang kononnya pendaftaran dan yuran harus dilangsaikan pada hari pendaftaran juga membuatkan mereka hilang akal, hilang idea untuk meneruskan niat suci mereka. Alangkah!

Bila mengetahui hal ini, Epa rasa hendak mengutuk dan menyumpah dalam hati dengan perubahan baru pengurusan itu. Perlukah semua itu berlaku disaat mereka menggenggam seribu harapan untuk terus berjuang demi nama ASWARA..? Haruskah itu yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang suatu saat dahulu dengan pantasnya menghulurkan surat tawaran? Kejamnya duniamu!

4 comments:

Kak Murni said...

memang kejam. Sakit hati kak epa... tapi alhamdulillah, dapat juga. malah lebih mudah dari pendaftaran diploma dulu. baguslah kalau mereka pun berfikir guna otak juga. ingatkan kami sahaja yang ada otak untuk fikir masalah yang mereka sendiri timbulkan.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~siti,

Oh, yeke? alhamdulillah... berkat juga doa graduan2 ASWARA...

Tentang Buku said...

epa keje apa skarang?
mcm menarik...

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~kak afna,

kita kerja kat tempat tuisyen...tp tak lama kot... ni pun macam dah paksa diri dah ni...