Tuesday, August 11, 2009

TAHNIAH GURU!


11 OGOS 2009 mungkin tarikh yang bermakna pada potret insan di sebelah. TAHNIAH Datuk Doktor Anwar Ridhwan! Akhirnya impian setiap penulis menjadi kenyataan pada anda setelah penat dan jerih mendaki, kini anda berada di puncak. Anda sememangnya orang yang paling layak bergelar Sasterawan Negara yang ke-10. Epa berbangga sangat-sangat kerana dapat menjadi pelajarnya waima hanya sebagai dekan fakulti penulisan. Anda punya hati dan sikap yang begitu lembut sekali. Tiada tandingannya. Insya-Allah sebagai murid, perlahan-lahan Epa memasang nawaitu untuk mencapai tahap seperti beliau.

2 comments:

Kak Murni said...

setiap orang yang bergelar penulis harus mempunyai niat seperti itu, kak epa.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ye, Siti... semangat wajar setiap penulis.