Friday, July 10, 2009

SELAMAT KEMBALI


Selasa, 7/7/2009, satu pesanan ringkas telah Epa hantar pada kawan yang sedia memberi pertolongan dan sentiasa ada walau susah dan senang Epa. Ringkas sahaja bunyinya…


‘Mamu, patut ke aku berhenti kerja sekarang?’


Agak lama juga Epa menanti balasannya. Akan tetapi pesanan itu berbalas juga akhirnya. Dan ringkas juga jawabnya…


‘Malam nanti aku jawab, bagi aku masa fikir.’


Epa sekadar menarik nafas panjang. Epa tahu dia bukan orang yang suka memberi jawapan tanpa berfikir. Dan malam itu dia menghubungi Epa. Panjang lebar nasihatnya pada Epa. Mula-mula tu Epa cuba dan ingin bercerita memberitahu dia betapa tekanannya Epa waktu itu… tapi akhirnya Epa kalah dengan satu ayatnya; ‘


Kalau hang nak berhenti sekarang, dan hang nak balik kampung dengan niat nak tenangkan fikiran dan selepas itu hang akan rasa balik apa yang hang rasa sekarang ni, hang mahu?'


Epa geleng waima dia tidak nampak gelengan Epa itu. Dia menyambung lagi,


‘Sabar Epa, dua tiga bulan je, lepas tu normallah hidup hang,’


Epa berfikir sejenak, mungkin ini dugaan… dugaan selepas PeTA dan permulaan alam pekerjaan sebagai orang yang memegang diploma. Dulu masa sebelum meneruskan niat untuk menyambung belajar, Epa tak ambil peduli dengan kerja bagi Epa selagi kerja itu halal kenapa tidak kita lakukan, tetapi sekarang baru Epa rasa bagaimana perasaan orang yang ada diploma. Ini baru diploma belum ijazah atau master. Entah apa pula rasanya bila bekerja sama taraf dengan orang yang tak habis belajar waktu itu.


Hem… entahlah manusia yang punya akal, hati dan perasaan yang sukar dibendung keinginannya. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak wahai sahabat! Kerana kamu telah memberi aku seribu semangat untuk terus bertahan.



5 comments:

Sari Dahlia said...

tak apa gadis! semangat...semangat! apa pun terjadi yakin dan semangat ya!

Kak Murni said...

sabar je lah kak epa... patutlah, ramai yang memilih pekerjaan kan?... nak buat cam ne...

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~czuka,

terima kasih atas sokongannya... ya itulah yang patut dipertahankan.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ siti,

tulah, bila kita dah terasa diri kita berada di atas ni lah jadinya... huh, mudah-mudahan rasa itu tidak kekal.

Kak Murni said...

amin... mudah-mudahan..