Tuesday, February 22, 2011

Tinta Untuk Nyali

Setelah hampir empat bulan aku membuat keputusan ini.
Aku meninggalkan dia!

Dia yang hampir tujuh tahun menjadi penghuni taman hati,
memenuhi setiap zarah di ruang hati,
dengan beraninya aku melepaskan dia pergi!

Aku cuba gagahkan diri untuk hidup semula seperti kalian,
Aku ingin rasai kehidupan yang diredhoi.

Walau agak berat kerana dirinya terlalu banyak yang baik dari yang buruk,
tetapi, aku tetap akan memegang keburukkannya itu untuk aku terus melupakan dia dari hidupku.

Sadis bunyi. Apakan daya.
JODOH ITU RAHSIA TUHAN!

Dengan satu pegangan itu sahaja aku bisa berjalan kembali,
bisa tersenyum kembali.

Yang hebat lagi,
bila restu sudah ada,
semua sudah terima,
kekangannya dari segi material pula.

Ingin memiliki seseorang perlu ada materialnya.
Jika tidak, harus sedia angkat kaki!

Itu adalah realiti, bukan fantasi!

No comments: