Sunday, February 27, 2011

Nyali Merasa, Akal Mencari Solusinya!

25, 26 & 27 Februari 2010, seklai lagi diri diberi tugasan keluar. Destinasi kali ini adalah Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor.

Tiga hari dua malam diri di sana. Banyak yang diri pelajari dan fahami. Mengenal seorang insan yang diberi nama Fara (bukan nama sebenar), mengajar diri erti keserasian dan kefahaman untuk terus memajukan diri dalam mengejar impian.

Malah bukan mengenali beliau sahaja, tapi mengenal semua yang terlibat dalam tugasan ini yang datangnya dari Semenanjung Malaysia, Singapura dan juga Indonesia membuatkan diri tercuit sesuatu dalam nyali.

Di mana agaknya silap itu? Di mana letaknya kesalahan itu?
Dalam diri atau mereka?
Atau mungkin mereka-mereka dalam fana ini memang begitu?

Keberadaan diri sering diremeh!
Adakah kerana diri tidak pandai membodek?
Adakah kerana diri tidak pandai bermanis mulut?
Adakah kerana diri tidak pandai bertanam tebu ditubir bibir?
Adakah kerana diri ini kerdil?
Adakah kerana diri ini pendatang baru?
Adakah kerana diri ini sombong?
Adakah kerana diri ini garang?
Adakah kerana wajah diri ini seperti hantu?
Adakah kerana diri ini bukan dari rakyat mereka?
Adakah kerana diri ini bukan siapa-siapa buat mereka?
Adakah kerana diri ini masih berada di bawah?
Adakah kerana ini halimunan yang manusia lain sukar melihat keberadaan diri di mana-mana?

Terlalu banyak persoalan yang memerlukan solusinya agar diri bisa berdiri sejajar dengan mereka semua.

Tapi, semua perlu tahu. Waima diri merasakan semua yang di atas namun, diri tetap gembira di sisi kalian. Walau terkadang diri merasa terlalu kerdil dan halus bersama kalian.

Agggrrrrhhh...
Tolong lontarkan jauh-jauh rasa ini kerana diri mahu memulakan kisah yang baik-baik tentang tugasan ini.

Tiba-tiba nurani dibisikkan sesuatu;
Diri, kamu perlu buang rasa itu.
Kerana ini adalah tanggungjawab kamu!
Ini adalah satu langkah untuk kamu mengejar impian kamu setelah kamu mencapai cita-cita kamu!

Ayuh, kembali semangat!
Prejudiskan apa yang kamu rasa itu.
Kerana rasa itu tidak akan membawa kamu ke mana-mana!
Kerana rasa itu akan menghukum kamu hingga kamu mati!
Kerana rasa itu akan menjerat langkah kamu untuk mengejar impianmu!
Kerana rasa itu akan memusnakan segalanya!

Ayuh!
Kembali tegar melangkah.
Yakinkan diri kamu!
Ini titian kamu!
Melangkahlah perlahan-lahan!
Raihkan jaya itu untuk orang sekeliling kamu!
Hadiahkan buat mereka.

Nyali berdetik satu kata dengan lamban;
'Insya-Allah.'

No comments: