Thursday, March 25, 2010

Bangsaku Ditindas Lagi!

Sudah enam bulan aku bekerja sebagai kerani di sebuah prima milik persendirian dan selama itu juga aku melihat bangsaku semakin diinjak-injak, diperguna-guna dan diperolok-olok. Kasihan! Hanya itu yang mampu terucap di bibir.

Diskriminasi berlaku lagi terhadap kaumku yang sentiasa dianggap lemah dan mudah diperbodohkan. Bangsaku, ayuh jaga dari lenamu… janganlah terus-terusan diam di dalam lubuk kelabu itu. Jaga dan bangkitlah kalian. Jangan terus-terusan mahu ditindas sebegini. Janganlah kalian ditakuk lama dan berpegang pada tradisi yang sentiasa menunjukkan kalian amat mudah diperbodohkan! Kalian bukan bodoh! Kalian bukan penakut! Tapi kalian berani di belakang! Kalian tunduk di hadapan! Ke mana hilangnya semangat perjuangan pejuang-pejuang Melayu suatu ketika dulu? Ke mana perginya keberanian bangsa-bangsa Melayu? Di mana tercampaknya kekuatan Melayu suatu ketika dahulu?

Aku semakin membenci bangsa itu… semakin aku cuba untuk menerima hakikat, semakin itu juga perasaan benci yang melangit itu menyapa.

Mengapa? Mengapa bangsa Melayu amat mudah diperhambakan oleh bangsa lain? Mengapa? Atau… kita memang diciptakan untuk menjadi hamba kepada mereka?

Tapi bila aku renungkan kembali…

Ianya bukan salah sesiapa… ia salah bangsaku juga. Belum mencangkung sudah terus berdiri dengan megah dan sombong! Tidak sedar akan diri! Inilah jadinya.

Sampai bila kita begini? Sampai bila kita mahu terus-terusan berada di bawah? Sampai bila?!! Namun jeritan itu hanya di dalam hati! Lebih kasihan!

4 comments:

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ Benarlah kata pepatah... 'Cina mati dek kerana kaya, India mati dek miskin, Melayu mati dek angan-angan...'

Saiful Zanawi said...

Aku rasa lebih luas jika kau keluar dari kelompok BANGSA. Dan melihat ia sebagai MANUSIA.

Epool Razak said...

aku setuju dgn saiful. jika difikirkan dalm batas bangsa, bangsa MAJORITI pun menganiaya,membunuh, menipu bangsa MAJORITI.

ini bukan persoalan bangsa, ini persolan kemanusiaan.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ Saiful dan Paraok...

Terima kasih atas pandangan / kritikan / komentar kalian... mungkin aku terlalu emosi apabila menulis entri ini... kerana aku merasakan orang2 Melayu di tempat ku memerah tenaga / mencari nafkah sedang dipermain2kan... maka itu aku terus rasa Melayu, bangsaku diinjak-injak... aku tidak terfikir, yang ianya boleh dikatakan persoalan kemanusiaan... kerana antagonis dan protagonisnya Melayu dan bangsa itu.
Memang benar, bangsa MAJORITI pun menganiaya, membunuh, menipu bangsa MAJORITI, mungkin dalam situasi lain bukan dalam situasi aku ini.