Sunday, May 17, 2009

SELAMAT BUAT PENDIDIK

Pertama-tama kali, Epa nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di dunia ini. Tanpa pendidik, siapalah anak bangsa. Bila terbaca blog En. Wan rasa macam cemburu pun ada sebab beliau masih ingat lagi nama-nama guru beliau dari sekolah rendah hingga ke tahap tertinggi. Tapi Epa, hanya seorang sahaja cikgu yang berkesan di hati Epa dan hingga kini, Epa masih ingatkan dia sahaja. Tak tahulah kenapa. Dalam banyak-banyak cikgu hanya dia yang mampu buat Epa menangis dalam hati setiap teguran, ucapannya tidak pernah menyakitkan hati. Semua dilakukan dalam kelembutannya sebagai seorang wanita muslim sejati. Dan dia juga adalah guru pertama yang tanya cita-cita Epa.

Waktu itu Epa masih lagi ragu-ragu dengan apa yang Epa katakan tentang cita-cita Epa sendiri. Tapi, dia sempat memberi ransangan pada Epa. Katanya, kalau nak jadi penulis, harus berani memberi orang lain baca karya kita walau sesampah mana sekali pun karya itu kita rasakan. Mungkin bagi orang, karya kita itu adalah intan. Kita tak tahu. Harus tebal telinga untuk mendengar segala kritikan. Harus kuat! Katanya pada seisi kelas. Saat itu Epa merasakan yang Epa sedang dimalukan. Epa dimalukan di hadapan semua kawan-kawan sekelas! Terasa diri diperkecilkan. Barangkali waktu itu Epa masih tidak mengerti. Tetapi, kini Epa hargai kata-kata cikgu itu.

Sewaktu Epa menyatakan cita-cita Epa padanya Epa masih tidak yakin apa benar cita-cita Epa itu? Tapi kini, bukan sahaja yakin, malah Epa sudah siap untuk menjadi seorang penulis. Langkah pertama telah Epa mulai dengan menjejakkan kaki ke ASWARA.

AZIZAH namanya. Mukanya bulat, putih dan memakai cermin mata. Satu yang pelik tentang cermin matanya bagi Epa saat itu, adalah cermin itu akan berubah warna dari terang ke gelap apabila terkena cahaya matahari. Namun kini, tiada lagi kepelikan itu. Dia sentiasa berbaju kurung yang diperbuat dari kain yang mahal-mahal. Berserta tudung penutup kepala. Gayanya ringkas tetapi nampak seperti wanita-wanita kelas atasan.

Dan kini Epa menyimpan hajat untuk dia. Jika ada rezeki dan diizinkan Tuhan, novel pertama Epa terbit, Epa akan menemui cikgu itu dan menunjukkan bukti yang anak didiknya telah berjaya mencapai cita-cita waima pada mulanya dia ragu-ragu.

TERIMA KASIH CIKGU!

Selamatlah kamu di dunia dan akhirat... Amin....

7 comments:

Sari Dahlia said...

En wan...lebih tua dari kita..masih ingat! kalo org...mampus tak ingat, cikgu displin je ingat..hu2.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ Tulah yang kita jeleskan... kita hanya seorang cikgu tu saja yang kita ingat... tapi raut majah dia orang masih boleh dicam lagi...

afna said...

epa tahniah untuk peta dgn tepukan gemuruh...
akaknyer karya masuk longkang! ish sedih..tak semangat langsung dah nak menulis skarang ni...

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ ala kak, janganlah macam tu... kita punya kebetulan je tu... kita rasa akak punya pun bagus jugak, bahasa akak lagi bagus dari bahasa kita, mungkin cerita akak tak sampai pada penilai tu je... apa-apa pun teruskanlah menulis, jangan berputus asa... hidup mati kita semua hanya untuk menulis.

Kak Murni said...

kak epa.... nanti kalau buku itu di pasaran, sedekahkanlah kat kite satu. nak beli, kita masih sambung belajar. Pinjaman entah dapat atau tak.... hehehe

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~siti,

insya-allah siti... percuma buat rakan-rakan sekelas kita nanti... doa-doakanlah biar cepat ia terhasil.

siti said...

aminnnnn.....