Biarkan cendera terus membisu Biarkan bintang terus menyuluh Biarkan nyali tetap khali
Tuesday, June 29, 2010
Terumbang Di Lautan Kasih
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakkan
Bagai sinar purnama pudar yang terbakar.
Kasih
Sungguh ku mengerti
Tulus benar kasih mu
Tak kusangsikan
Seputih hatiku
Itulah kasihmu
Dari dulu hingga kini
Sayang
Lupakan semua
hajat untuk memiliki diriku ini
Tak sanggup rasanya
Dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara
Kita saling kasihi
Jadikanlah
Itu memori
Sayangku
Moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu…
p/s :- Aku ingin membuat satu keputusan untuk semua... minta doa kalian untuk itu... moga aku bisa terus berjalan dengan tabah. Amin.
Tuesday, June 1, 2010
LUAHAN DIA
Tepat jam 12.30 pagi, aku menerima pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang Hamba Allah dengan mengkhabarkan keadaan dirinya. Begini pesanannya ; “Aku dicuek in lagi”
Sebelum terus membalas aku menarik nafas sedalam-dalamnya sambil mencari ayat yang tepat untuk aku membalasnya. “Waduh-waduh, gi mana nih..? Ngapain bisa kek gini?”
Tidak sampai dua minit ‘white cute’ ku kembali berbunyi dengan deringan 1Malaysia nyanyian Faisal Tahir yang sengaja dipilih untuk menerima pesanan ringkas. Bunyinya begini ; “Aye kagak tau”
Aku meneruskan bertanya : “Emangnya kamu ada bikin salah?”
Balasnya ; “Biasalah kami emangnya begini, jarang ngomong, jarang ngombrol, kalau nggak ada yang penting. Udah nggak kayak dulu”
Aku sepi sebentar. Waima kasbah ku malam itu sudah memang terlalu sepi kerana aku lagi sendiri. Kotak fikiran ku ligat berputar. Berfikir. Mencerna. Dan hati berbisik ; “Di mana silapnya? Adakah begini yang harus dilalui dalam rumahtangga? Apabila bercinta hendak berpulang ke rumah masing-masing seakan-akan mahu tinggal bersama, tidak mahu berjauhan walau seminit tapi bila sudah berumahtangga, sudah sebumbung, sebilik, sekatil, diri tidak lagi diendahkan. Bahkan jika bercakap pun hanya perkara-perkara yang penting sahaja. Patutkah ini semua terjadi? Di mana silapnya?”
Aku menyambung kembali ; “Waduh, gi mana caranya aye mau nolong..? Aye sendiri tidak punya suami.”
Salah aku menjawab sedemikian. Aku sedar. Tapi apa lagi yang harus kuberitahu?
Kemudian berbunyi lagi ; “Ya… kagak apa-apa. Yang penting aye udah curhat sama kamu”
Lagi aku menjawab ; “Ya… kamu sabar aja ya?”
Balasannya ; “Ya. Udah dulu ya, aye mau bobok”
Aku tidak menjawabnya lagi. Aku tahu dia sedang dibalut kesedihan yang menggunung. Halaman wajahnya sedang dibasahi titik hujan air mata sambil menatap wajah si kecil , barangkali.
Aku tahu persis dia bagaimana kerana kami tercipta dari benih yang sama. Dikandung dari rahim juga sama. Dan terpanculnya kami ke dunia ini juga dari lubang yang sama. Alangkah!
Naluri kewanitaanku mula digugat. Mula disapa ketakutan. Mula didaki rasa tidak ingin untuk 'sesuatu itu.' Kegentarannya mencengkam jiwa! Aku semakin menjauh untuk itu. Maaf!
Thursday, May 13, 2010
SIKAP MANUSIA SEKITARKU
Mutakhir ini, aku sering bising dan membebel kepada teman rapatku akan perbuatannya. Perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan jenayah yang besar. Tapi bagi hati aku ia tetap salah. Waima sekecil kuman. Kerana dari kesalahan-kesalahan kecil maka timbulnya masalah besar.
Aku sering menegur dia membuang sampah merata-rata. Pada mulanya dia cuba menegakkan benang basah itu walaupun dia sendiri tahu yang perbuatannya itu memang salah. Apabila aku cuba menerangkan kepadanya bahawa dari perbuatannya itu, "jangan salahkan ribuan pendatang asing yang datang berhijrah ke negara ini." Lantas dia terdiam. Aku meneruskan lagi, “Kamu semua tak suka rakyat asing berada di negara kamu, tapi kamu sendiri yang mengundang kedatangan mereka?” Wajahnya kulihat semakin heran.
“Kenapa, tak percaya?”
Dia menggeleng.
“Awak buang sampah merata-rata, adakah sampah itu akan berjalan sendiri ke dalam tong sampah kalau bukan manusia yang mengambil dan membuangkannya?”
“Tak,” jawabnya ringkas.


Dia diam.
“Sebab itu kalau awak tak suka akan kehadiran warga asing seperti mat-mat bangla, mat-mat indon, mat-mat Nepal di negara awak, jadi awak perlu menjaga sendiri negara awak.”
Aku benar-benar sakit hati melihat warga tempatan yang kononnya berlagak pembersih, berlagak kaya, berlagak suci ini memandang sebelah mata akan warga-warga asing. Ini baru hal kecil. Belum lagi disenaraikan dari pembinaan dan pembaikpulihan jalan-jalan raya yang digunakan oleh mereka, belum lagi bangunan-bangunan yang mereka pijaki, semua itu hasil tangan warga asing.
Monday, May 10, 2010
FAHAMI, TEROKAI MAKNANYA...
Sebab aku sepi sendiri.
Lalu?
Aku putuskan.
Apa?
Ingin begini.
Sampai kapan?
Entah.
Sampai kapan?
DIAM.
Sampai kapan?
Sampai aku punya restu!!!
Jadi?
Beginilah.
Sanggup?
Terpaksa.
Untuk apa?
Untuk hidup.
Berani?
Harus.
Tak takut azab?
S.E.P.I.
Thursday, March 25, 2010
Bangsaku Ditindas Lagi!
Diskriminasi berlaku lagi terhadap kaumku yang sentiasa dianggap lemah dan mudah diperbodohkan. Bangsaku, ayuh jaga dari lenamu… janganlah terus-terusan diam di dalam lubuk kelabu itu. Jaga dan bangkitlah kalian. Jangan terus-terusan mahu ditindas sebegini. Janganlah kalian ditakuk lama dan berpegang pada tradisi yang sentiasa menunjukkan kalian amat mudah diperbodohkan! Kalian bukan bodoh! Kalian bukan penakut! Tapi kalian berani di belakang! Kalian tunduk di hadapan! Ke mana hilangnya semangat perjuangan pejuang-pejuang Melayu suatu ketika dulu? Ke mana perginya keberanian bangsa-bangsa Melayu? Di mana tercampaknya kekuatan Melayu suatu ketika dahulu?
Aku semakin membenci bangsa itu… semakin aku cuba untuk menerima hakikat, semakin itu juga perasaan benci yang melangit itu menyapa.
Mengapa? Mengapa bangsa Melayu amat mudah diperhambakan oleh bangsa lain? Mengapa? Atau… kita memang diciptakan untuk menjadi hamba kepada mereka?
Tapi bila aku renungkan kembali…
Ianya bukan salah sesiapa… ia salah bangsaku juga. Belum mencangkung sudah terus berdiri dengan megah dan sombong! Tidak sedar akan diri! Inilah jadinya.
Sampai bila kita begini? Sampai bila kita mahu terus-terusan berada di bawah? Sampai bila?!! Namun jeritan itu hanya di dalam hati! Lebih kasihan!
Wednesday, March 17, 2010
Omongan Cinta
Suatu malam di saat Aku lagi lemah, lagi butuh saluran semangat buat diri kembali yakin akan adanya esok yang bahagia. Di saat itulah Cinta datang menitiskan setitik semangatnya buat Aku.
Cinta : Kita perlu semangat, perlu kuat untuk harungi hidup ini. Hidup ini berat sayang… jadi kita harus kuat untuk menerima sesuatu yang berat itu.
Aku : Tapi Aku sudah tidak punya itu. Aku sudah kehilangannya. Aku rasa payah sekali untuk memikulnya. Aku tidak berdaya lagi.
Cinta : Bukan sayang tak punya, bukan sayang kehilangannya tapi sayang yang abaikannya. Cinta tahu kau kuat, kau ada semangat yang lebih dari Cinta. Sayang, hidup ini hanya sekali. Jangan diisi hidup ini dengan kesedihanmu… hadapi hidup ini dengan penuh semangat.
(Aku terdiam)
Cinta : Semangatlah untuk hadapi jam-jam yang mendatang. Sambutlah ia dengan penuh rasa bangga. Jangan sia-siakan kedatangan detik waktu itu walau sedetik pun.
(Aku masih khali)
Cinta : Biarkan mereka menentang kita, sayang. Walau satu dunia sekalipun yang menghalang, akan Cinta pertahankan demi rasa kasih dan sayang kita. Biarpun nyawa tentangannya. Akan Cinta hadapi. Oleh itu, kita tak boleh lemah sayang, TAK BOLEH. Kita harus kuat. Yakinlah suatu saat kita akan berhasil. Dan untuk keberhasailan itu kita butuh kesabaran yang tinggi sayang, kita perlu berkorban demi kasih sayang kita.
Aku : Tapi sampai bila? Aku bosan dengan hidup begini… Aku juga manusia yang punya keinginan untuk ada keluarga dan anak-anak.
Cinta : Pasti datang sayang waktu itu… cuma perlu masa sahaja. Dugaan kita sangat berat sayang, tapi yang berat itulah yang akan membawa hasil yang lumayan sayang… jika kita sabar dan tabah menghadapinya.
(Aku kembali bisu)
Cinta : Percayalah dengan Cinta, suatu saat kita akan peroleh restu itu. Cinta minta sayang bersabar sahaja. Banyak-banyakkan bersabar, berdoa agar kita dapat perolehinya sayang.
(Dan cinta terus menyuntikkan semangatnya kepada Aku. Cinta tidak pernah sekalipun menyerah kalah. Dia sarat dengan semangat untuk menempuh hidup. Biar manusia lain menghina dan memandang rendah terhadap dirinya namun, Cinta tidak pernah peduli. Apa yang penting dalam hidupnya dia harus berjaya mencapai apa yang diingininya. Hidup hanya sekali katanya. Jangan disia-siakan dengan kesedihan. Kata-kata itu masih berselerakkan dalam kotak fikirku untuk kufikirkan. Namun seratus peratus kata-katanya itu adalah benar. Akhirnya sedikit demi sedikit aku rasai aliran semangatnya itu masuk ke dalam setiap rongga tubuhku. Pawana malam yang berlabuh semakin kencang melabuhkan hijabnya. Dan kedua lopak mataku berhijab sama.)
Wednesday, February 17, 2010
KATA MEREKA...
Kata hati : Kau pergilah…
Kata akal : Jangan! Fikir-fikirkanlah buruk baiknya…
Kata hati lagi : Sudah, kau sudah melangkah. Jangan mudah berpaling lagi…
Kata akal lagi : Berpatah pulang tidak bermakna kau tewas….
Lagi kata hati : Pergi saja… jangan pedulikan semua itu… kau perlu fikirkan masa depan kau… kebahagiaan kau… bukan kepentingan dan kesenangan orang lain….
Lagi kata akal : Kalau kau pergi juga bererti kau tak punya otak! Kau tak berhati perut!
DIRI : Aduhh… harus aku gimana lagi nih…???