Thursday, May 13, 2010

SIKAP MANUSIA SEKITARKU


Mutakhir ini, aku sering bising dan membebel kepada teman rapatku akan perbuatannya. Perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan jenayah yang besar. Tapi bagi hati aku ia tetap salah. Waima sekecil kuman. Kerana dari kesalahan-kesalahan kecil maka timbulnya masalah besar.


Aku sering menegur dia membuang sampah merata-rata. Pada mulanya dia cuba menegakkan benang basah itu walaupun dia sendiri tahu yang perbuatannya itu memang salah. Apabila aku cuba menerangkan kepadanya bahawa dari perbuatannya itu, "jangan salahkan ribuan pendatang asing yang datang berhijrah ke negara ini." Lantas dia terdiam. Aku meneruskan lagi, “Kamu semua tak suka rakyat asing berada di negara kamu, tapi kamu sendiri yang mengundang kedatangan mereka?” Wajahnya kulihat semakin heran.


“Kenapa, tak percaya?”


Dia menggeleng.


“Awak buang sampah merata-rata, adakah sampah itu akan berjalan sendiri ke dalam tong sampah kalau bukan manusia yang mengambil dan membuangkannya?”


“Tak,” jawabnya ringkas.


“Adakah rakyat Malaysia yang akan tolong membuangkannya? Melainkan mereka yang dianggap sebagai parasit negara awak yang tolong awak membuangkannya? Di mana rakyat Malaysia ketika sampah bersepahan? Di mana rakyat Malaysia ketika tandas-tandas awam yang sering di cari itu kotor dan berbau? Di mana rakyat Malaysia ketika kedai-kedai makan memerlukan tenaga pekerja untuk menjadi pelayan restoran? Di mana? Kalau bukan di pejabat-pejabat kerajaan yang duduk goyang kaki, cukup bulan terima gaji, cukup tahun terima pencen.






Dia diam.


“Sebab itu kalau awak tak suka akan kehadiran warga asing seperti mat-mat bangla, mat-mat indon, mat-mat Nepal di negara awak, jadi awak perlu menjaga sendiri negara awak.”


Aku benar-benar sakit hati melihat warga tempatan yang kononnya berlagak pembersih, berlagak kaya, berlagak suci ini memandang sebelah mata akan warga-warga asing. Ini baru hal kecil. Belum lagi disenaraikan dari pembinaan dan pembaikpulihan jalan-jalan raya yang digunakan oleh mereka, belum lagi bangunan-bangunan yang mereka pijaki, semua itu hasil tangan warga asing. Memang benar mereka dibayar atas kerja yang dilakukan. Adakah itu setimpal dengan tohmaha-tohmahan yang diberikan kepada mereka dengan penat lelah mereka? Mereka juga manusia. Mereka punya hati dan perasaan. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA!



Monday, May 10, 2010

FAHAMI, TEROKAI MAKNANYA...

Kenapa?

Sebab aku sepi sendiri.

Lalu?

Aku putuskan.

Apa?

Ingin begini.

Sampai kapan?

Entah.

Sampai kapan?

DIAM.

Sampai kapan?

Sampai aku punya restu!!!

Jadi?

Beginilah.

Sanggup?

Terpaksa.

Untuk apa?

Untuk hidup.

Berani?

Harus.

Tak takut azab?

S.E.P.I.

Thursday, March 25, 2010

Bangsaku Ditindas Lagi!

Sudah enam bulan aku bekerja sebagai kerani di sebuah prima milik persendirian dan selama itu juga aku melihat bangsaku semakin diinjak-injak, diperguna-guna dan diperolok-olok. Kasihan! Hanya itu yang mampu terucap di bibir.

Diskriminasi berlaku lagi terhadap kaumku yang sentiasa dianggap lemah dan mudah diperbodohkan. Bangsaku, ayuh jaga dari lenamu… janganlah terus-terusan diam di dalam lubuk kelabu itu. Jaga dan bangkitlah kalian. Jangan terus-terusan mahu ditindas sebegini. Janganlah kalian ditakuk lama dan berpegang pada tradisi yang sentiasa menunjukkan kalian amat mudah diperbodohkan! Kalian bukan bodoh! Kalian bukan penakut! Tapi kalian berani di belakang! Kalian tunduk di hadapan! Ke mana hilangnya semangat perjuangan pejuang-pejuang Melayu suatu ketika dulu? Ke mana perginya keberanian bangsa-bangsa Melayu? Di mana tercampaknya kekuatan Melayu suatu ketika dahulu?

Aku semakin membenci bangsa itu… semakin aku cuba untuk menerima hakikat, semakin itu juga perasaan benci yang melangit itu menyapa.

Mengapa? Mengapa bangsa Melayu amat mudah diperhambakan oleh bangsa lain? Mengapa? Atau… kita memang diciptakan untuk menjadi hamba kepada mereka?

Tapi bila aku renungkan kembali…

Ianya bukan salah sesiapa… ia salah bangsaku juga. Belum mencangkung sudah terus berdiri dengan megah dan sombong! Tidak sedar akan diri! Inilah jadinya.

Sampai bila kita begini? Sampai bila kita mahu terus-terusan berada di bawah? Sampai bila?!! Namun jeritan itu hanya di dalam hati! Lebih kasihan!

Wednesday, March 17, 2010

Omongan Cinta


Suatu malam di saat Aku lagi lemah, lagi butuh saluran semangat buat diri kembali yakin akan adanya esok yang bahagia. Di saat itulah Cinta datang menitiskan setitik semangatnya buat Aku.


Cinta : Kita perlu semangat, perlu kuat untuk harungi hidup ini. Hidup ini berat sayang… jadi kita harus kuat untuk menerima sesuatu yang berat itu.


Aku : Tapi Aku sudah tidak punya itu. Aku sudah kehilangannya. Aku rasa payah sekali untuk memikulnya. Aku tidak berdaya lagi.


Cinta : Bukan sayang tak punya, bukan sayang kehilangannya tapi sayang yang abaikannya. Cinta tahu kau kuat, kau ada semangat yang lebih dari Cinta. Sayang, hidup ini hanya sekali. Jangan diisi hidup ini dengan kesedihanmu… hadapi hidup ini dengan penuh semangat.


(Aku terdiam)


Cinta : Semangatlah untuk hadapi jam-jam yang mendatang. Sambutlah ia dengan penuh rasa bangga. Jangan sia-siakan kedatangan detik waktu itu walau sedetik pun.


(Aku masih khali)


Cinta : Biarkan mereka menentang kita, sayang. Walau satu dunia sekalipun yang menghalang, akan Cinta pertahankan demi rasa kasih dan sayang kita. Biarpun nyawa tentangannya. Akan Cinta hadapi. Oleh itu, kita tak boleh lemah sayang, TAK BOLEH. Kita harus kuat. Yakinlah suatu saat kita akan berhasil. Dan untuk keberhasailan itu kita butuh kesabaran yang tinggi sayang, kita perlu berkorban demi kasih sayang kita.


Aku : Tapi sampai bila? Aku bosan dengan hidup begini… Aku juga manusia yang punya keinginan untuk ada keluarga dan anak-anak.


Cinta : Pasti datang sayang waktu itu… cuma perlu masa sahaja. Dugaan kita sangat berat sayang, tapi yang berat itulah yang akan membawa hasil yang lumayan sayang… jika kita sabar dan tabah menghadapinya.


(Aku kembali bisu)


Cinta : Percayalah dengan Cinta, suatu saat kita akan peroleh restu itu. Cinta minta sayang bersabar sahaja. Banyak-banyakkan bersabar, berdoa agar kita dapat perolehinya sayang.


(Dan cinta terus menyuntikkan semangatnya kepada Aku. Cinta tidak pernah sekalipun menyerah kalah. Dia sarat dengan semangat untuk menempuh hidup. Biar manusia lain menghina dan memandang rendah terhadap dirinya namun, Cinta tidak pernah peduli. Apa yang penting dalam hidupnya dia harus berjaya mencapai apa yang diingininya. Hidup hanya sekali katanya. Jangan disia-siakan dengan kesedihan. Kata-kata itu masih berselerakkan dalam kotak fikirku untuk kufikirkan. Namun seratus peratus kata-katanya itu adalah benar. Akhirnya sedikit demi sedikit aku rasai aliran semangatnya itu masuk ke dalam setiap rongga tubuhku. Pawana malam yang berlabuh semakin kencang melabuhkan hijabnya. Dan kedua lopak mataku berhijab sama.)

Wednesday, February 17, 2010

KATA MEREKA...

Kata hati : Kau pergilah…

Kata akal : Jangan! Fikir-fikirkanlah buruk baiknya…

Kata hati lagi : Sudah, kau sudah melangkah. Jangan mudah berpaling lagi…

Kata akal lagi : Berpatah pulang tidak bermakna kau tewas….

Lagi kata hati : Pergi saja… jangan pedulikan semua itu… kau perlu fikirkan masa depan kau… kebahagiaan kau… bukan kepentingan dan kesenangan orang lain….

Lagi kata akal : Kalau kau pergi juga bererti kau tak punya otak! Kau tak berhati perut!

DIRI : Aduhh… harus aku gimana lagi nih…???

KESERABUTAN MINDA DALAM DOA

Aku rindukan sesuatu…

Aku kangen akan ia…

Rasanya ingin aku mendakapnya…

Mengulit dalam mimpi…

Membelai ia dalam jaga…

Aku ingin…

Aku kepinginkannya…

Aku dalam kerinduan akan kata-kata yang sedang bergelimpangan dalam minda ku ini…

Kapan ku bisa mengatur dan menyusun ia menjadi sebuah santapan jiwa…

Ya Tuhan…

Berikan aku kekuatan untuk menggapai kata-kata tersebut

Agar bisa ku santap ia dengan tenang dan damai…

Tanpa ada keraguan di mana-mana…

Tanpa ada gangguan untuk aku nikmatinya.

Wednesday, January 27, 2010

NAMAKU YANG SEBENAR

Setelah hampir 24 tahun aku menghirup nafas di muka bumi ini, hanya kini barulah aku tahu siapa namaku yang sebenarnya. Baru-baru ini, bonda dan ayahandaku telah pulang ke kampung halaman. Bersama dua orang adik tersayang. Nur Rafidah dan Hamad Zaidi. Tiada apa yang kuharapkan dari mereka buatku kali ini. Cuma satu saja permintaan pada mereka; iaitu tolong lihatkan namaku yang sebenar di almari bonda. Nama itu diukir oleh bondaku sendiri. Kepulangan mereka sungguh kunanti.


Pada mulanya bonda berat hati untuk memberitahu, fikirku. Kerana setiap kali kuajukan soalan itu, beliau seperti mengelak. Tapi mujur ayah ringan mulut untuk memberitahu… katanya, nama epa sebenarnya… ‘Eva Sardiyanti.’


“Nak buat apa dengan nama tu?” Tanya ayah.


“Tak ada… nak tahu je mana tahu boleh masukkan dalam penulisan pa,” aku beralasan.


Dan kini aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira ini. Aku sangat-sangat teruja dengan nama itu. Waima nama itu sekaligus mencerminkan negara tumpahnya darahku. Mesti kalian pelik bukan? Itulah namaku sebenarnya… yang Fauziah itu memang nama dalam kad pengenalanku tapi nama itu diberi oleh pegawai imigresen ketika bonda hendak membuat permit masuk ke negara ini. Apa-apa pun aku tetap ingin berterima kasih kepada insan yang memberi nama itu kepadaku. Kerana nama itu orang sekeliling sukar untuk mempercayai bahawa aku bukan rakyat tumpah darah di negara ini sehingga aku bersusah-payah menunjukkan kad pengenalanku kepada mereka. Barulah mereka percaya.


Kerana terlalu bahagia setelah mengetahui nama sebenarku… aku nekad sepenuhnya untuk menggunakan nama itu sebagai nama penaku untuk menulis novel popular yang juga inginkan nama-nama popular waima nama itu tiada ciri-ciri seperti itu. Namun, nama itu telah menjadi 'Epa Sardiyanti' kerana aku sudah terbiasa dengan ejaan epa daripada eva.


‘Epa Sardiyanti Sarudin’


Jika selepas ini terjumpa sebaris nama ini, maka itulah aku.