Tuesday, September 28, 2010

Bingung Tentang Kerakyatan


Isnin, 27 September 2010, bersama ibu aku ke kedutaan untuk menyambung semula tarikh luput pasportku. Agak kekok rasanya. Kerana di sana dipenuhi dengan kaum Jawa, Madura juga barangkali ada Boyan. Satu-satu terselitnya kaum dari Ranah Minang. Sebelum ini aku sangat bangga dengan negara itu. Dan hari ini aku sedar apa yang aku bangga dan sayangi itu bukan negara yang kaya dengan pulau-pulau kecilnya. Aku cuma berbangga dengan adat-istiadat dalam masyarakat Minang Kabau.


Seperti orang-orang lain yang punya tujuan yang sama denganku ketika berada di gedung yang diberi nama Kedutaan Besar Indonesia ini, aku bersedia untuk menunggu giliran aku untuk ke depan berurusan dengan para pegawai. Hampir tiga jam aku dan ibu menunggu, baru tiba giliran kami. Sewaktu menunggu kadang-kadang aku disinggahi dengan denyutan nadi yang sangat kencang dan badanku mulai terasa dingin. Namun kucuekin sahaja. Barangkali sesuatu yang menarik dan menyeronokkan bakal terjadi hari ini, fikirku positif.


Sayang sekali, apabila berhadapan dengan pegawai yang diberi nama Sekar Ajeng Andini itu aku terus gugup apabila beliau bertanyakan tempat tinggalku di Indonesia. Aku diam sejenak. Berfikir, di mana alamatku di sana? Beliau menghulurkan sekeping kertas dan pena. Aku terus menoleh ke arah ibu yang berada di belakang meminta bantuan.


‘Tulis saja Padang, Indonesia,’ kata ibu.


Aku pun menulis. Dan memulangkan kembali kertas juga pena kepada pegawai yang bertugas. Lalu bertanya, ‘nama desanya apa?’


Aku jadi bingung.


Dia menambah, ‘kecamatannya, kabupatennya apa?’


‘Ha… sudah, apa punya soalan yang dia tanya ni…?’ Ngomel aku sendiri dalam hati. Sekali lagi aku meminta bantuan ibu.


Tiba-tiba pegawai wanita yang dari tadinya kusangkakan lemah-lembut itu menembak aku dengan kata-kata. ‘Masak nggak tau nama desa, kecamatan dan kebupatennya sendiri? Apa nggak pernah pulang?’


‘Saya dah lama di sini, jadi tak tahu apa-apa,’ jawabku.


‘Sejak kapan ke mari?’


‘Dari umur setahun.’ Dia meneruskan kerjanya dengan jelingan yang sinis memandangku. Aku terpana seketika. Kotak fikirku mulai ligat berfikir. Mungkin dia marah sebab aku tak tahu apa-apa tentang negaraku sendiri.


Dan aku mula terfikir, aku mengaku aku rakyat Indonesia. Tapi aku tidak tahu apa-apa tentangnya. Ingin mengaku rakyat Malaysia, aku tidak layak. Dan jika Indonesia mengistiharkan bahawa aku bukan rakyatnya, jadi aku rakyat negara apa? Sedangkan Malaysia juga hanya bisa memberiku status pemastautin tetap sahaja. Di mana bisaku dianggap rakyat tempatan?


Beruntungkah atau malangkah diriku yang punya dua negara. Satu negara yang menyambut kelahiranku dan satu lagi negara yang mendewasakanku?


Sunday, August 1, 2010

Kuatkah Diri?


Sekali lagi Diri terpaksa melawan kehendak hati.
Kata orang kalau diikutkan hati, boleh mati.
Lebih baik Diri berhati-hati kali ini.
Tapi mampukah diri?

Akal kata buat sementara,
Hati kata susah sangat
Walau untuk satu jam.

Kata akal lagi, untuk kebaikan masa hadapan
Tak apa susah sekarang.

Lawan hati, habis tu sekarang nak diam macam ni saja?

Akhirnya, Diri memutuskan untuk ikut arus keadaan.
Terima apa yang telah ditentukan oleh-Nya.

Monday, July 5, 2010

Diri Waktu Ini

Diri masih belum boleh fokus tentang kerja…
Diri masih perlu waktu…
Yang Diri sendiri tidak tahu
Sampai bila…

Diri perlu ketenangan
Ketenangan zahir dan batin
Jiwa dan raga.

Diri terfikir
Mengapa Diri jadi begini?
Di mana semangat Diri dahulu?
Semangat yang sungguh ghairah untuk mencapai
Sesuatu dalam hidup
Semangat untuk meraih dan memeluk
Kejayaan di masa depan
Di mana tercampaknya?
Di mana tercicirnya?
Diri tidak tahu.

Oh, Tuhan
Apa yang perlu Diri lakukan?

Tuesday, June 29, 2010

Terumbang Di Lautan Kasih

Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakkan
Bagai sinar purnama pudar yang terbakar.

Kasih
Sungguh ku mengerti
Tulus benar kasih mu
Tak kusangsikan
Seputih hatiku
Itulah kasihmu
Dari dulu hingga kini

Sayang
Lupakan semua
hajat untuk memiliki diriku ini
Tak sanggup rasanya
Dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah
Itu memori
Sayangku
Moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu…

p/s :- Aku ingin membuat satu keputusan untuk semua... minta doa kalian untuk itu... moga aku bisa terus berjalan dengan tabah. Amin.

Tuesday, June 1, 2010

LUAHAN DIA


Tepat jam 12.30 pagi, aku menerima pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang Hamba Allah dengan mengkhabarkan keadaan dirinya. Begini pesanannya ; “Aku dicuek in lagi”


Sebelum terus membalas aku menarik nafas sedalam-dalamnya sambil mencari ayat yang tepat untuk aku membalasnya. “Waduh-waduh, gi mana nih..? Ngapain bisa kek gini?”


Tidak sampai dua minit ‘white cute’ ku kembali berbunyi dengan deringan 1Malaysia nyanyian Faisal Tahir yang sengaja dipilih untuk menerima pesanan ringkas. Bunyinya begini ; “Aye kagak tau”


Aku meneruskan bertanya : “Emangnya kamu ada bikin salah?”


Balasnya ; “Biasalah kami emangnya begini, jarang ngomong, jarang ngombrol, kalau nggak ada yang penting. Udah nggak kayak dulu”


Aku sepi sebentar. Waima kasbah ku malam itu sudah memang terlalu sepi kerana aku lagi sendiri. Kotak fikiran ku ligat berputar. Berfikir. Mencerna. Dan hati berbisik ; Di mana silapnya? Adakah begini yang harus dilalui dalam rumahtangga? Apabila bercinta hendak berpulang ke rumah masing-masing seakan-akan mahu tinggal bersama, tidak mahu berjauhan walau seminit tapi bila sudah berumahtangga, sudah sebumbung, sebilik, sekatil, diri tidak lagi diendahkan. Bahkan jika bercakap pun hanya perkara-perkara yang penting sahaja. Patutkah ini semua terjadi? Di mana silapnya?”


Aku menyambung kembali ; “Waduh, gi mana caranya aye mau nolong..? Aye sendiri tidak punya suami.”


Salah aku menjawab sedemikian. Aku sedar. Tapi apa lagi yang harus kuberitahu?


Kemudian berbunyi lagi ; “Ya… kagak apa-apa. Yang penting aye udah curhat sama kamu”


Lagi aku menjawab ; “Ya… kamu sabar aja ya?”


Balasannya ; “Ya. Udah dulu ya, aye mau bobok”


Aku tidak menjawabnya lagi. Aku tahu dia sedang dibalut kesedihan yang menggunung. Halaman wajahnya sedang dibasahi titik hujan air mata sambil menatap wajah si kecil , barangkali.


Aku tahu persis dia bagaimana kerana kami tercipta dari benih yang sama. Dikandung dari rahim juga sama. Dan terpanculnya kami ke dunia ini juga dari lubang yang sama. Alangkah!


Naluri kewanitaanku mula digugat. Mula disapa ketakutan. Mula didaki rasa tidak ingin untuk 'sesuatu itu.' Kegentarannya mencengkam jiwa! Aku semakin menjauh untuk itu. Maaf!


Thursday, May 13, 2010

SIKAP MANUSIA SEKITARKU


Mutakhir ini, aku sering bising dan membebel kepada teman rapatku akan perbuatannya. Perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan jenayah yang besar. Tapi bagi hati aku ia tetap salah. Waima sekecil kuman. Kerana dari kesalahan-kesalahan kecil maka timbulnya masalah besar.


Aku sering menegur dia membuang sampah merata-rata. Pada mulanya dia cuba menegakkan benang basah itu walaupun dia sendiri tahu yang perbuatannya itu memang salah. Apabila aku cuba menerangkan kepadanya bahawa dari perbuatannya itu, "jangan salahkan ribuan pendatang asing yang datang berhijrah ke negara ini." Lantas dia terdiam. Aku meneruskan lagi, “Kamu semua tak suka rakyat asing berada di negara kamu, tapi kamu sendiri yang mengundang kedatangan mereka?” Wajahnya kulihat semakin heran.


“Kenapa, tak percaya?”


Dia menggeleng.


“Awak buang sampah merata-rata, adakah sampah itu akan berjalan sendiri ke dalam tong sampah kalau bukan manusia yang mengambil dan membuangkannya?”


“Tak,” jawabnya ringkas.


“Adakah rakyat Malaysia yang akan tolong membuangkannya? Melainkan mereka yang dianggap sebagai parasit negara awak yang tolong awak membuangkannya? Di mana rakyat Malaysia ketika sampah bersepahan? Di mana rakyat Malaysia ketika tandas-tandas awam yang sering di cari itu kotor dan berbau? Di mana rakyat Malaysia ketika kedai-kedai makan memerlukan tenaga pekerja untuk menjadi pelayan restoran? Di mana? Kalau bukan di pejabat-pejabat kerajaan yang duduk goyang kaki, cukup bulan terima gaji, cukup tahun terima pencen.






Dia diam.


“Sebab itu kalau awak tak suka akan kehadiran warga asing seperti mat-mat bangla, mat-mat indon, mat-mat Nepal di negara awak, jadi awak perlu menjaga sendiri negara awak.”


Aku benar-benar sakit hati melihat warga tempatan yang kononnya berlagak pembersih, berlagak kaya, berlagak suci ini memandang sebelah mata akan warga-warga asing. Ini baru hal kecil. Belum lagi disenaraikan dari pembinaan dan pembaikpulihan jalan-jalan raya yang digunakan oleh mereka, belum lagi bangunan-bangunan yang mereka pijaki, semua itu hasil tangan warga asing. Memang benar mereka dibayar atas kerja yang dilakukan. Adakah itu setimpal dengan tohmaha-tohmahan yang diberikan kepada mereka dengan penat lelah mereka? Mereka juga manusia. Mereka punya hati dan perasaan. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA!



Monday, May 10, 2010

FAHAMI, TEROKAI MAKNANYA...

Kenapa?

Sebab aku sepi sendiri.

Lalu?

Aku putuskan.

Apa?

Ingin begini.

Sampai kapan?

Entah.

Sampai kapan?

DIAM.

Sampai kapan?

Sampai aku punya restu!!!

Jadi?

Beginilah.

Sanggup?

Terpaksa.

Untuk apa?

Untuk hidup.

Berani?

Harus.

Tak takut azab?

S.E.P.I.